nuffnang ads

Sunday, June 8, 2014

Aaron Aziz tolong berhenti goda saya

Sedap!Itu je mampu aku ungkapkan.Teringat masa pertama kali tengoknya.Terus aku jatuh hati.Oh Aaron jangan goda aku.Aku ketagih yang teramat kerana rasanya yang teramat sedap setiap saat aku teringin nak......





makan MAGGI Big Kari.Sedapnya sampai membuat aku tak senang duduk bila ingat setiap hirupan kuah dan setiap kunyahan mi itu.Sedap gila.Kuantiti pun banyak.1bungkus dah boleh makan untuk 2 orang.

Saturday, June 7, 2014

sampai jilat jari..kek keju meleleh

Meleleh habis la.Sampai menjilat jari.Kat sini aku nak share resipi kek keju leleh.




RESEPI KEK CHEESE MELELEH
Bahan-bahan :
200gram cream cheese tak kisah guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gual halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (x bubuh pun xper)
cara-cara nya :
1. masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
8. biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.
Resepi cream cheese cair meleleh
250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair
untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut
cara penyediaan :
1. kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
2.parutkan cheddar cheese diatas kek.
 
 

victoria's secret fashion show 2013



OMG OMG .VICTORIA'S SECRET FASHION SHOW ...wow ..marvellous..tersangat la lawa custome yang di pakai..geramnya..hahha.

Adriana Lima : si seksi yang sangat gorgeous


:

Hottie.Nice lingerie


Cara Delevigne : My lovely Cara with her cute custom.Comel la aok nie

so cute.

Sui He: Model korea yang sangat cun

 

Model yang lain-lain.
 






13 JAM A380

13 JAM A380.Nice story.
RM20 include postage


13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.”SYED HAYDAR
Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti?


secret recipe yang selama-lamanya secret

Kegilaan aku terhadap kek memang tak boleh dinafikan lagi.Aku sangat suka makan kek .Tiap-tiap hari sabtu aku akan ke Secret Recipe,indera mahkota beli kek.Antara kek feveret aku yang selalu aku ngap dan menepati citarasa aku:

Fruitilicious 


Penggemar buah boleh la makan ini.yummy!


Banana Chocolate
Penggemar choc+banana.sangat sedap                                    

Chocolate Indulgence
 Penggemar Choc.Agak pahit sedikit.Pon sedap juga

Banyak lagi sebenarnya kek secret recipe yang best.Kadang-kadang tu tak tau nak beli yang mana.


 Sekarang ni dah tak payah bersusah payah lagi pergi ke outlet Secret Recipe sebab dah ada cakes-on-wheels.


Friday, June 6, 2014

sambal hitam pahang..BEST

enak sungguh dimakan dengan nasi panas2, atau dibuat rencah nasi goreng 




Sambal Hitam Pahang, sambal tradisional resepi turun temurun.
menggunakan bahan asas, belimbing buluh, ikan bilis, dan cili. 

boleh bertahan lebih kurang seminggu jika dibiarkan dlm suhu bilik atau berminggu2 jika disimpan di dalam peti sejuk

Resepi Sambal Hitam Pahang 

1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
6-7 asam belimbing rebus
Sedikit kicap
Sedikit gula
Sedikit garam
3/4 cawan minyak masak (lebih kurang)

Cara membuatnya :
  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu. 
  2. Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek-lenyekkan dengan lesung biar bercampur dengan cili. 
  3. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur. 
  4. Panaskan minyak. 
  5. Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus sahaja masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi. 
  6. Goreng menggunakan api sederhana. 
  7. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula. 
  8. Kacau lagi sehingga agak-agak garing. Atau pun mengikut citarasa masing-masing. Sebab ada yang suka sambal ini rasa lembut-lembut, tak suke garing. Ada juga yang suka sedikit. Jaga-jaga jangan sampai hangit pulak. sambal ini juga boleh tahan berminggu kalau dimasak garing dan kering. 
  9. Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan



SALE SALE SALE

SALE!SALE!SALE!

  1. 13 JAM A380,EVELYN ROSE -RM20
  2. CANTIKNYA SI COMOT,MIAZAL ZAHRA-RM10
  3. KURNIA UNTUKKU,LIZ HALIZA-RM10
  4. DIA..ISTERI LUAR BIASA,UMIE NADZIMAH-RM20
  5. THE WEDDING BREAKER,EVELYN ROSE-RM20
  6. LAWAK KAMPUS 1 + LAWAK KAMPUS 2-RM50
  7. UNDER 18-RM30
  8. MAT GEMPAK-RM20
  9. TAKDIR ITU MILIK AKU,SITI ROSMIZAH-RM20


Harga dah termasuk postage.Novel dan komik kat atas semuanya masih lagi baru dan tak dibuka lagi.Harga boleh nego lagi.
Kalau ada apa pertanyaan boleh contact ke email nie:aisyhafiy007@gmail.com