nuffnang ads

Monday, July 7, 2014

Petua Menghilangkan Ulser Mulut

Ulser mulut (mata ikan) – tompokon putih di dalam mulut akibat tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus, kekurangan zat besi, asid folik & vitamin B 12. Ia boleh juga disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit lidah, bibir atau terjatuh.

Biasanya ulser mulut ni sembuh atau hilang dalam seminggu tapi kita akan sukar nak makan atau minum, pedih la. Kadang-kala, rasa macam tak nak langsung sumbat apa-apa dalam mulut.
Ada beberapa cara nak hilangkan ulser mulut ni. 

1) Sapu ubat Bonjela. Boleh dibeli di kebanyakan farmasi, rasanya sejuk selepas disapu. 
2) Makan aiskrim. Agak pedih, tapi boleh cepat kecutkan ulser mulut. 
3) Kumur dengan air garam. Memang pedih, tapi lama-lama akan kurang sikit. 
4) Sapu getah batang keladi. Ia cepat kecutkan ulser mulut ni. 
5) Sapu kapur makan. Petua orang tua-tua.

No comments:

Post a Comment