JENIS-JENIS DADAH
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
a.) Opiat dan opiat sintetik
b.) Stimulan
c.) Ganja
d.) Halusinogen
e.) Depresen
f.) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
a.) Opiat dan opiat sintetik
b.) Stimulan
c.) Ganja
d.) Halusinogen
e.) Depresen
f.) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
A.) APA ITU OPIAT?
Dadah jenis opiat diperoleh daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lau ia dikeringkan dan diproses
menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
JENIS-JENIS OPIAT
1.) MORFIN
|
2.) HEROIN
|
3.) KODEN
|
4.) CANDU
|
5.) OPIAT SINTETIK
|
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'. Morfin Mentah -Berbentuk blok/sebuk -bertanda '999' -Mengandungi 70%-90% morfin -Juga dipanggil Heroin No. 1 Bes Morfin -Seperti serbuk kopi halus -Mengandungi 60%-70% morfin Pil-Pil Morfin -Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid -pil kecil berwarna putih/coklat pucat. |
Heroin
adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah
di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah
serbuk putih pahit yang merupakan
produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai
kekuatan berkali-kali
ganda morfin.
Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink' |
Kodein
adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran
adalah yang dihasilkan daripada
morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan
kesakitan sederhana dan sebagai
ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, Menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk |
andu
adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan
aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan
daripada buah popi yang bertukar
daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang
kuat, menganjal (elastik)
apabila masih segar dan menjadi
keras jika terdedah kepada udara.
Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'. Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar |
opiat
Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine',
'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini
mempunyai sifat yang serupa
dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan
kesakitan. Kini 'methadone'
digunakan dalam rawatan penagihan
opiat di negara kita.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : 'Fizzies', 'Dollies'. |
Stimulan merupakan bahan psikaktif yang meragsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin
atau 'Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.
JENIS-JENIS STIMULAN
1.) AMFETAMIN
|
2.) METHAMPHETAMINE
|
3.) KOKAIN
|
4.) MDMA
|
5.) OPIAT SINTETIK
|
Amfetamin
adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat
yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan
dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine' adalah
dadah yang sangat merbahaya.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut ('chasing the dragon') |
'Methamphetamine
hydrochloride' merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumplan
stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah
dan kadangkala berbentuk seperti
tawas. Contoh 'methamphetamine hydrochloride' yang biasanya terdapat di
Malaysia ialah syabu
dan yaba. Syabu lazimnya diproses
secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ('chasing the dragon' Nama Jalanan : 'Ice' |
kokain
adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di pergunungan Andes,
Amerika Selatan. Ia banyak
digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping
negara-negara Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : 'Coke', 'Crack', 'Snow', 'Flake' Kokain 'Freebase' adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk 'granules'. Crack' mempunyai ketulenan sehingga 905 dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat. |
'Methylenedioxy-methamphetamine'
(MDMA) merupakan analog meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil 'fell good
drug' dan boleh meningkatkan
daya tahan pengguna. Pil MDMA
seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa
pengguna muda.
|
opiat
Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine',
'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini
mempunyai sifat yang serupa
dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan
kesakitan. Kini 'methadone'
digunakan dalam rawatan penagihan
opiat di negara kita.
Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : 'Ecstasy', 'XTC' |
No comments:
Post a Comment