Kuala Terengganu: Seorang pelajar IPT menangis teresak-esak apabila
dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau 9 bulan penjara jika gagal membayar
denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah atas 2 pertuduhan
berkhalwat tahun lalu.
Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, sebelum ini pernah ditangkap
berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu
dan dia sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama dengan seorang
lelaki di sebuah rumah selepas 3 bulan kemudian.
Kesalahan kedua pada Julai tahun lalu, dia ditahan bersama 2 lagi rakan wanitanya yang juga berusia 21 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik
sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa
Syed Zainal A'biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram,
jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.
Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut
Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu)
2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan
penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie
Kamalruazmi Ismail.
Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.
Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa
syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu
diketuk, ia dibuka seorang lelaki.
Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang
perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di
dalamnya.
Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap
berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada
hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal,
di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.
Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa
syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.
Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar,
21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada
dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd
Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.
Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22,
yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik
lain.
Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau
enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor
Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau
lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan
penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula
dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah. - Harian Metro.
p/s:gatal betul Generasi Y nie skarang.Aku generasi yang dah tua bangka tak ada la gatal sangap masa bulan puasa.Orang lain pun gatal gak control la dik ooiii.Nie lah bila hukum Allah tidak dilaksanakan.
p/s:gatal betul Generasi Y nie skarang.Aku generasi yang dah tua bangka tak ada la gatal sangap masa bulan puasa.Orang lain pun gatal gak control la dik ooiii.Nie lah bila hukum Allah tidak dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment