Aku memang asal dari P.Mas tetapi merangui dengan artikel nie.Tambah-tambah part Cinderella igauan putera.hah??mane ada.Aku tengok orang P.Mas biasa je. |
TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian kecantikan mereka.
Malah, tidak
keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel
‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti
Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
Lofa yang comel lote-lote.Lofa memang la comel yang selebihnya biasa-biasa je.Sepanjang aku duduk P.Mas jelmaan cinderella tak pernah lagi aku jumpa.haha |
Ini kerana, bila
disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis
Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman
bangsawan.
Paling ketara,
gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa
perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan
lembut dan gebu seperti bayi.
Namun, paling
menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki
mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan
alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk
mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri
dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik
dan ayu.
Ada juga mendakwa
kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka
yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak
puluhan tahun lalu.
Nenek moyang
mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi
menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya
sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara kampung di
Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik
ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.
“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.
“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.
TRADISI...peniaga barangan harian di pasar Pasir Mas masih mengekalkan konsep tradisi dalam urusan perniagaan |
NADI UTAMA...pengangkutan kereta api menjadi nadi utama kepada penduduk sekitar Pasir Mas sejak 1950-an. |
Berdasarkan
sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @
Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil
alih oleh Sultan untuk membina istana.
Walaupun pada
awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang
turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan
kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas pesara
tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga
berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang
kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.
Che Leh dikatakan
tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak
berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan
keluarga melakukan kerja harian.
Katanya, beberapa
bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit,
menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh
mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan
perahu.
“Pada masa sama,
seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu,
namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan
kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut Wan Ali,
ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk
pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat
kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.
Perkataan ‘pasir’
pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai
Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk
padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil
cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain itu, Pasir
Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara
apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia,
China dan Tanah Arab.
Pasir Mas, Kelantan
- Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
- Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
- Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
- Mempunyai keluasan 57,800 hektar
- Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)
Difahamkan,
dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan
didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri,
Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan
Pengkalan Tok Leper.
OK la..Cinderella idaman semua putera ye?hahaha..hmmm.kelakar je.
No comments:
Post a Comment