nuffnang ads

Tuesday, July 1, 2014

Neelofa yang gorgeous

Alhamdulillah kak neelofa kita dah bertudung sepenuhnya pada bulan Ramadhan nie.Cantiknya Neelofa pakai tudung.Neelofa yang berasal dari Pasir Mas,Kelantan merupakan pelakon,model,pengacara tv dan Dewi Remaja 2010.Dulunya Lofa yang terkenal dengan imej seksi yang sentiasa mengundang kontroversi.Aku yang perempuan pun malu tengok pemakaiannya.

Penghijrahan Neelofa pada bulan mulia merupakan keputusan yang baik.Nampak lagi ayu,lemah-lembut dan sopan-santun.Neelofa memakai tudung bermula dari Ramadhan kedua tempoh hari. Bertambah cantik berserilah Neelofa lepas ni.
Cantiknya Lofa bertudung camnie.Sejuk mata memandang




Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.
Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan orang di luar sana, peminat-peminat, keluarga, terutama mama saya.
Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadhan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya.
I feel like it completes me. Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan.











Sangat la cantik Neelofa bertudung kan.Pelbagai komen positif dan nakal daripada fan dan kawan baiknya.Harap peminat dah tak ada yang nak maki lagi.Biarla kita tak mampu jadi yang terbaik tapi jadi la yang baik untuk diri kita.








Di harapkan ramai lagi artis Malaysia di luar sana berubah dah-dah la tu ikut arus pemodenan negara.Negara yang membangun seiring dengan pemikiran rakyatnya.Tutup la aurat ye.Janganla dedah sana sini lagi.Bosan baca kontroversi artis Melayu tak cukup kain.


No comments:

Post a Comment