Luahan Hati Ibu Remaja Dibelasah Sampai Mati Kerana Ingin Keluar Bekerja!
Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran
kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul
tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”
Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani,
17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di
Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.
Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati
dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi
membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa
hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang
baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan
suaminya sendiri.
“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi
amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya
dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.
"Saya tidak tahu apa salah arwah kerana suami sering mencari salah dan
memarahinya hanya disebabkan perkara kecil, malah suami menuduh saya
menyayangi arwah lebih daripada anak lain sedangkan sebagai ibu, sayang
saya kepada semua anak sama," katanya ditemui di pekarangan bilik mayat
Hospital Melaka
"Suami memang mempunyai sikap baran, tetapi saya tidak sangka selepas
Hafiz memaklumkan sendiri hasrat itu, suami naik berang dan bertindak
memukulnya sehingga meninggal dunia"
"Malah, suami bersikap lepas tangan tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak kami" katanya lagi. -Harian Metro
p/s:Lelaki/Suami seharusnya bertindak melindungi keluarga bukan tau nak buat anak je.Tetapi tanggungjawab main lepas tangan je.
No comments:
Post a Comment