Batang
  bermaksud batang kayu, berjuntai bermaksud benda yang sedang 
bergoyang.  Cantumannya membawa maksud “batang yang sedang bergoyang”.
Dipercayai
  nama kampung berasal daripada sebuah pokok yang hampir tumbang dan  
sedang berjuntai. Dikatakan pokok tersebut akhirnya tertumbang setelah  
lama berjuntai.
Buku Places Names In Penisular Malaysia menyatakan bahawa pokok tersebut sentiasa bergoyang sekalipun tanpa tiupan angin.
Orang
  Melayu yang paling awal bertapak di Batang Berjuntai dikatakan tinggal
  berdekatan dengan pokok tersebut. Akhirnya mereka pun menamakan tempat
  ini sebagai Batang Berjuntai.
Walaupun andaian di atas hanyalah legenda, namun ia sentiasa disebut-sebut dalam masyarakat setempat.
Batang
  Berjuntai merupakan sebuah kampung terpencil di pantai barat  
Semenanjung Malaysia. Namun begitu, tempat ini merupakan kawasan  
perlombongan bijih timah dan pertanian yang penting 100 tahun yang lalu.
Agricultural
  Bulletin Of The Straits And Federated Malay States 1910 mencatatkan  
bahawa satu jalanraya utama melalui Batang Berjuntai telah dicadangkan  
pada ketika itu.
History
  Of Railways In Selangor turut merekodkan bahawa laluan antara Kuang ke
  Batu Arang telah dilancarkan pada tahun 1915. Laluan antara Batu Arang
  ke Batang Berjuntai pula telah dilancarkan pada tahun 1918.
Ini jelas terbukti nama Batang Berjuntai telahpun masyhur sedekad yang lalu.
Rujukan
  sumber menunjukkan bahawa Batang Berjuntai bersama dengan Lembah 
Kelang  dan Lembah Kinta dikategorikan sebagai tempat-tempat yang amat 
kaya  dengan hasil bijih timah.
Pada
  mulanya, sektor perlombongan bijih timah diterokai oleh pendatang Cina
  yang membawa kepada pembentukan Pekan Batang Berjuntai pada awal kurun
  ke-20.
Namun
  sektor perlombongan mula dikuasai orang British dengan pengunaan  
teknologi canggih. Pengenalan kapal korek oleh orang British memberi  
kelebihan berbanding dengan kaedah lama orang Cina. 
Batang
  Berjuntai juga pernah melalui zaman kegemilangan dalam sektor 
pertanian  satu ketika dahulu. Orang Perancis iaitu Henri Fauconnier 
telahpun  menerokai sektor tersebut di Rantau Panjang menjelang tahun 
1906.
Rantau
  Panjang terletak kira-kira 2 kilometer dari Batang Berjuntai. Henri  
memulakan penanaman getah dan diikuti dengan kelapa sawit di situ.
Henri
  merupakan orang pertama yang mempelopori penanaman kelapa sawit secara
  besar-besaran. Namun kejituan penghitungan beliau tidak dapat  
dibernaskan secara maksima kerana potensi kelapa sawit belum lagi  
diungkit pada zaman itu.
Henri
  merupakan orang Perancis yang agak pelik. Beliau boleh bertutur dalam 
 bahasa Tamil selain bahasa Melayu. Nama ladang kelapa sawit beliau 
ialah  Tennamaram dan banglo yang beliau dirikan dalam ladangnya digelar
  sebagai Maison des Palm.
Henri
  banyak menghabiskan masa dengan menulis cerpen pada akhir hayatnya.  
Karyaan buku beliau yang mengumpulkan pengalamannya di Tanah Melayu  
iaitu The Soul Of Malaya jika diterjemah dalam bahasa Inggeris telah  
membantu beliau memenangi hadiah sasterawan di Perancis.
Pada
  masa yang sama, orang British juga menggalakkan penanaman getah.  
Penanaman getah di Batang Berjuntai diterajui oleh orang British. Selain
  itu, pendatang Cina juga diagihkan 2 hingga 3 ekar untuk tujuan yang  
sama. 
Perang
  Pasifik telah meletus menjelang tahun 1941. Pada tahun 1942, askar  
Jepun Rejimen Watanabe telah menyerang di sebelah utara Sungai Selangor.
  
Api
  peperangan telah menyebabkan segala urusan perniagaan di Batang  
Berjuntai terbantut. Tentera Jepun turut menanggalkan landasan keretapi 
 di Batang Berjuntai.
Buku
  Emergancy Years: Malaya 1951-1954 karyaan Leonard Rayner menyatakan  
bahawa landasan keretapi yang dibuka di Batang Berjuntai telah dihantar 
 ke Thailand untuk membina landasan keretapi maut Thailand-Burma.
Setelah
  tamat perang, penjajah British tidak bercadang untuk membina semula  
landasan keretapi di Batang Berjuntai. Maka dengan itu, terkuburlah  
sejarah stesyen keretapi di Batang Berjuntai.
Tamat
  perang dunia, bermula pula persengketaan dalaman. Pada tahun 1948,  
penjajah British telah mengisytiharkan Perintah Darurat. Menjelang tahun
  1956, pendatang Cina yang tinggal berselerak sekitar Batang Berjuntai 
 telah dipindahkan ke belakang Pekan Batang Berjuntai dan menubuhkan  
Kampung Baru Batang Berjuntai.
Selepas
  itu, ramai penduduk telah berpindah keluar dari kampung dan menetap di
  kawasan taman perumahan. Anggaran jumlah penduduk pada hari ini ialah 
 lebih kurang 1500 hingga 1800 orang.
Kebanyakan
  penduduk di Batang Berjuntai berketurunan Hokkien, dari Wilayah Yong  
Choon dan Anxi. Terdapat segelintir daripadanya ialah orang Hakka dan  
Guangdong.
Kekayaan
  hasil bijih timah di Batang Berjuntai menjadikannya terus gemilang  
setelah tamat perang. Permintaan tenaga kerja yang tinggi turut  
mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Batang Berjuntai. Ini secara  
langsung telah memberangsangkan pembangunan ekonomi di Batang Berjuntai.
Diantaranya,
  syarikat Berjuntai Tin memiliki 9 buah kapal korek dalam usaha  
melombong bijih timah. Sementara itu, Pacific Tin memiliki 2 buah kapal 
 korek.
Tapak Universiti Industri Selangor merupakan bekas tapak perlombongan kapal korek pada masa dahulu.
Pada
  hari ini, lombong-lombong yang terbiar di Batang Berjuntai telah  
menjadi tempat pembiakan ikan patin. Ini telah menarik ramai pemancing  
ikan.
Jalan
  Besar merupakan tempat yang paling meriah di Batang Berjuntai dan 
terdapat sederet kedai lama yang merupakan  pekan lama Kampung Baru 
Batang Berjuntai.
Pada
  waktu senja, ribuan burung layang-layang yang berterbangan di langit  
biru Batang Berjuntai mewujudkan gambaran dan suasana yang amat  
istimewa. 
Panduan ke Batang Berjuntai:
1.Dari arah Kuala Lumpur dengan jarak 60km.
2.Dari arah Kelang dengan jarak 45km.
3.Dari arah Kuala Selangor dengan jarak 20km.
 
No comments:
Post a Comment