nuffnang ads

Friday, June 6, 2014

sambal hitam pahang..BEST

enak sungguh dimakan dengan nasi panas2, atau dibuat rencah nasi goreng 




Sambal Hitam Pahang, sambal tradisional resepi turun temurun.
menggunakan bahan asas, belimbing buluh, ikan bilis, dan cili. 

boleh bertahan lebih kurang seminggu jika dibiarkan dlm suhu bilik atau berminggu2 jika disimpan di dalam peti sejuk

Resepi Sambal Hitam Pahang 

1 mangkuk ikan bilis yang dibuang perutnya
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi (pedas ikut rasa masing-masing)
6-7 asam belimbing rebus
Sedikit kicap
Sedikit gula
Sedikit garam
3/4 cawan minyak masak (lebih kurang)

Cara membuatnya :
  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu. 
  2. Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek-lenyekkan dengan lesung biar bercampur dengan cili. 
  3. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur. 
  4. Panaskan minyak. 
  5. Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus sahaja masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi. 
  6. Goreng menggunakan api sederhana. 
  7. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula. 
  8. Kacau lagi sehingga agak-agak garing. Atau pun mengikut citarasa masing-masing. Sebab ada yang suka sambal ini rasa lembut-lembut, tak suke garing. Ada juga yang suka sedikit. Jaga-jaga jangan sampai hangit pulak. sambal ini juga boleh tahan berminggu kalau dimasak garing dan kering. 
  9. Bila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan



No comments:

Post a Comment